Macam ni lah ek

Aku nak korang faham yang kita ni tak sama

Aku suka kopi, kau suka teh

dan itu tak apa

boleh hidup sekali

kau tak payah buang2 karan nak benci Komuniti Hirup Kopi Pagi2 atau boikot kedai2 kopi

Aku ni kadang2 bengong jugak

Cepat melenting, cepat marah

so kadang2 korang baca status aku mesti bengang je dalam hati

nak balas, nanti perang lagi dengan perempuan saiko ni

baru tadi status keadaan mental terumbang-ambing dia penuh dengan maki2

Mungkin aku cuma nak sikit simpati

Jadi korang tak setuju dengan pendapat aku

Fine.

Nak cerita tentang pendapat ni, sebenarnya dia barang abstract tau

Dia bukan aku, cuma sebahagian daripada pemahaman aku

Mungkin kecik2 dulu aku suka bau kopi atuk aku

Mungkin kopi tu boleh bagi aku buat kerja lebih laju

Mungkin teh buat aku sembelit 2 minggu

Adalah sebab aku tak berapa setuju

Tiba2 aku keluar fatwa konon teh boleh sebabkan kanser

(kau mestilah tak setuju, kan. Kalau nak ikut, semua benda boleh sebabkan kanser hatta makan nasik ayampun.)

tapi tak adil kau boikot aku sebab kau tak setuju dengan pendapat aku

tak adil kau bolayan aku sebab aku kata teh kegemaran kau tu pembunuh nombor satu

tak adil kau benci aku sebab pemahaman kau tak sama dengan pemahaman aku

Kalau macam ni cara kau buang kawan, bagus juga rasanya 

Tak minum teh je, tak layan

Nak cuba minum kopi je, tak geng

Pesan sirap bandung ais krim soda je, tak wassap dah

Kalau bisul, kira kau macam yang kat buntut 

Hilang kau saja, dari senget terus boleh duduk seimbang

Tak rugi sekupang

Aku tak kisah kalau nama aku ni kau buang

Terima kasih sebab bagi hati aku lapang.

Isk, umur dah nak lebih tiga puluh 

Ada anak, suami, keluarga, kerja bagus, rumah, saluran internet berkelajuan tinggi

tapi jiwa mati

Kesian.

Kenapa jiwa kau macam tak cukup sarat dengan sifat baik hati?

Rasanya macam dah banyak pengalaman, banyak jenis kawan, cerita, segala mak nenek rencah hidup, ranjau semua dah lalu

tapi bila pendapat aku lain dengan pendapat kau terus aku dipandang serong

(aku sebenarnya tak kisah pun dengan pandangan2 juling orang)

tapi aku kesian kat anak kau

orang macam ni pulak tu yang banyak nak membiak bagai

yang suka prejudis dengan pendapat orang lain

yang benci dengan orang yang tak LIKE grup minum teh kau

yang langsung tolak tepi orang yang ada unsur2 kekopian

Ini baru sorang

Kalau sepuluh

seratus

seribu

sepuluh ribu

sejuta

sepuluh juta

semua?

Aku mintak maaf sebab bahasa Melayu aku kadang2 bunyi macam orang bodopiang

tapi kepalahotak aku tak begitu gilang-gemilang

Kadang2 kau rasa benda kecik tapi bagi aku besar

atau kadang2 aku rasa benda tu kecik tapi bagi kau besar

tapi kita manusia

walaupun kepala kecik, gaji kecik atau mata kecik

tak apa

janji hati besar

(buntut besar pun tak apa)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s