Ada masa aku diam
Aku tak jawab telefon
Aku off Facebook
Aku invisible
Hilang
Itu perbuatan sengaja tanpa was-was
sebab aku suka
bukan sebab aku tak suka sesiapa
O.K aku tak harap sapa-sapa cari akupun
kalau ada pun sebab nak stalk aku, gambar aku, aktiviti ko-kurikulum aku tapi itu semua boleh tunggu
nanti dah mood nak selebret hidup aku datang, korang boleh tenung apa yang patut
ekceli aku tak femes pun
dan aku tahu segala gambar, kerja kawin dan berita panas terkini tu tak memerlukan tandatangan aku
aku diam sebab aku kusut
banyak sangat info pelik2 masuk dalam kepala
lagipun kan lagi baik bersangka baik sesama saudara
tapi senyap aku tu membuatkan ramai orang marah
mula2 aku tak faham kenapa
aku memang rasa tak salah
tapi rambut sama hitam
setan lain-lain
Dia kata aku ni orang yang suka menggunakan kawan
cari dia cuma masa senang, masa nak pertolongan
selfish, katanya
lupa kawan, sambungnya
sebab aku lama diam, dah tak bertanya khabar
sebab aku tak telefon, hantar kad, urut2 belakang masa dia nyawa-nyawa ikan
sebab aku hanya ingat dia masa aku tak ada tempat tinggal dan nak cari duit buat pinjaman
Hmm.
Macam mana nak cakap ek
Macam mana nak bagi penerangan
Sebab dari satu sudut, aku memang nampak macam orang yang macam tu
Macam riang2 saja, hepi berjalan ke sana ke mari
Suka2 hati nak mengorat mamat2 kulit porselin
Ambik gambar pemandangan, gambar salji
Mana ada gambar parit, lecak atau jiran belakang rumah
Macam kacang yang alpa
Kulitnya dia dah buang dalam tong sampah
Aku senyap sebab kepala otak aku celaru
Kenapa aku bangun lagi hari ni
Kenapa tak pejam terus
Apa fungsi hidup aku di muka bumi
Kenapa aku tak bahagia dengan hidup aku ni
Kenapa aku tak boleh nak ikut arahan orang birokrasi yang gila kuasa
Kenapa aku tak boleh nak duduk dalam air-con
pandang 4 dinding diam2
taiplah hari2 8 jam
dan tunggu
dan sabar
dan seronoknya hari jumaat
dan komplen tentang traffic jam
dan marah kenapa gaji tak naik
dan marah kenapa tol naik
dan gelakkan muka kangkung yang tak bersalah
dan jeles tengok kereta baru di pasaran
dan bengang kenapa aku tak boleh pergi jalan2
dan tunggu
sampailah sampai hari itu
hari umur 55
hari yang selama ini rancangan yang aku nak dah boleh mula
bukan semua orang suka nak bersara?
Boleh keluarkan duit KWSP buat extend dapur lagi
tapi kena beli banyak ubatlah sebab sakit2 sendi
Soalan-soalan dan kebiasaan ni membuatkan aku kadang2 tak tahan dengan diri sendiri
Aku marah sebab aku tak tahu nak buat apa, macam mana dan kenapa aku jadi macam ni
Kan seronok dapat jadi macam orang lain
Normal
Tapi itu letaknya masalah aku
Aku tak fikir macam orang normal.
Jadi aku senyap sebab aku tak ada benda baik nak cakap
Yang aku ada cuma marah dan keliru dan bengang dengan hidup aku
Jadi aku diam
sebab aku tahu
kawan-kawan aku semuanya ada tanggungjawab
banyak yang dah kawin
ada yang ada anak
semua ada kerja tetap
semua ada masalah sendiri
masa yang sikit tu dia nak spend masak untuk family, main dengan anak, gurau2 dengan suami, nak tengok t.v, nak duduk dalam jam lagi, nak beratur beli makanan, nak layan customer yang perangai macam setan, nak layan kawan-kawan, nak perang dengan bos, nak baca buku, nak shoping, nak bercuti, nak hepi-hepi, nak bahagia,
nak bertenang.
itu tak campur macam mana nak kipas mak mertua
buat apalah aku nak tambah masalah orang yang kadang2 tak terpikul beban yang ada
penat aku fikir kisah kau, cabang masalah kau
aku takut kau tak bahagia
sebab aku tau susah nak dapat bahagia
aku ni merangkak2 nak kumpul sejambak, itupun mengemis lebihan kasih anak2 orang yang sudi
tapi aku tak kisah
kalau itu saja yang aku mampu ada
aku terima
Yang paling penting
aku nak kawan2 aku bahagia
aku?
tak apa.
Jadi bayangkanlah perasaan aku bila kawan aku sendiri
bukan seorang dua
ramai, plural kata encik penjajah
sampai aku malu nak ikut masuk kumpulan sekolah menengah aku
sebab sahabat satu bilik
dah kenal lima belas tahun
makbapak pun dah macam mak bapak aku
semua rahsia dia aku tahu
cakap yang aku kawan yang taik
yang busuk
yang tak ada hati
sebab aku diam
senyap, langsung tak kirim salam
guna kawan masa senang
bila aku cuma diam sebab aku takut
suara2 dalam kepala aku
buat hidup dia tak tenang
jadi aku ambik keputusan
untuk terus diam
sebab apa pun alasan aku
orang cuma cerita robek hati dia
buluh2 sembilu yang aku cucuk-cucuk di mata dia (kononnya)
kisah luka, parut yang darahnya mengalir tak berhenti, betapa kau sakit badan dan sakit hati
tapi kalaulah kau tahu cerita aku
yelah kau mana dengar sedu sedan aku malam2 sunyi
tapi aku minta jagalah perkataan kau
aku sedih sebab kau penting dalam hidup aku
cukuplah dengan suara bangsat2 tak nyata di telinga aku
aku mengaku kau menang
kau ada semuanya; ada laki, ada duit, ada kerja, ada semua yang aku yang haprak ni dok berharap nak ada
tak payahlah kau tumpang sekaki nak join maki2
aku kalau boleh nak ingat kau kawan baik aku sampai mati
Cobaan, kata Pendekar Mustar
Aku hanya nak duduk diam, nak cuba bertenang
Bara dalam hati aku hampir padam tapi kipas carik saja yang aku ada
tolonglah
kau mungkin tak dengar suara serak aku merayu dengan Tuhan punyalah minta untuk bertenang
minta sedikit lagi ruang
kalau2 aku mampu untuk cekup sikit bahagia
sipipun jadilah
tapi ini cuma cerita seorang budak perempuan
yang cuba sehabis baik untuk diam